Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday 11 June 2016

07:25:00

Pakej Buffet Ramadhan Di The Regency Hotel, Kuala Lumpur (2016)

Semperna bulan Ramadhan ni, sudah pasti ramai yang mencari tempat berbuka yang ideal bukan?. Sudah pasti hidangan secara buffet menjadi pilihan ramai.

Tidak ketinggalan, The Regency Hotel, Kuala Lumpur turut menyediakan pakej buffet ramadhan sepanjang bulan ramadhan ini.

Bermula dengan harga RM60 untuk dewasa, RM35 untuk kanak kanak dan warga emas.
Bagaimanapun, para tetamu yang menginap di hotel diberi diskaun 15% untuk buffet ramadhan tersebut.

Pelbagai menu menarik disediakan bagi memenuhi selera para penggunjung. Terutamanya masakan melayu serta kuih muih tradisional pasti membuka selera dan tidak menghampakan!




























Selain ruang yang selesa, para penggunjung turut disajikan dengan persembahan live band. Pasti menarik! Sambil makan tu turut dihiburkan!


Jangan risau…Hotel ini turut menyediakan kemudahan surau kepada para penggunjung untuk melaksanakan ibadah solat. Jadi tak perlu terburu buru untuk mencari tempat solat. Ruangan solat berada di tingkat 5 hotel. Memang selesa. Lepas solat tu boleh lah sambung makan!

The Regency Hotel Kuala Lumpur ini terletak di Jalan Chow Kit. Kalau datang menggunakan public transport, boleh lah naik monorel dan berhenti di station Chow Kit kemudian kena lah jalan sikit.

Untuk tempahan buffet ramadhan di The Regency Hotel, Kuala Lumpur, boleh lah terus hubungi : 03-2262 2000




Hasif juga merupakan junior Journalism aku.

p/s Terima kasih Gaya Travel Magazine atas jemputan.

Thursday 9 June 2016

09:50:00

Philea Mines Beach Resort, Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor

Hanyut dengan kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur?. Hey patut ambil masa sikit untuk chill kan diri tu, minda tu yang penting! Nak istirehat tapi tak ada masa yang banyak untuk pergi bercuti?. 

Jangan risau! Di Philea Mines Beach Resort, Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor, pasti menjanjikan ketenangan untuk para tetamu. Tak perlu nak pergi jauh jauh sebab cuti tak lama kan...Dekat sini pun dah memadai. #dekatje

Short-getaway saya yang tidak dirancang kali ini nampaknya tidak merugikan. Biasalah bila kepala ni dah di tahap stress, so perlukan lah rehat kejap. Masalahnya itu lah, nak pergi jauh jauh tak ada masa, sebab masa ni saya tengah dalam study week. Cukup lah 3 hari 2 malam sahaja check in di sini. Dekat pun dekat, selesa pun selesa. Memang puas hati lah senang cerita!


Photo Credit to sdiwc.net

Photo Credit to www.tripadvisor.com

Tapi masa saya pergi hotel ni masih under construction. Rasanya sekarang masih lagi under construction. Tak sure pula sekarang ni kolam renang dah beropersi atau belum tapi masa saya pergi masih beroperasi. 

p/s dengar kalau masa under construction ni, harga yang ditawarkan lebih murah!

Hotel ni sedang dalam proses menaik taraf dan perkenalan nama baru daripada Mines Wellness Hotel, Mines Resort City kepada Philea Mines Beach Resort, Mines Resort City.

Photo Credit to www.booking.com

Photo Credit to th.hisgo.com


Photo Credit to www.4women.co

Photo Credit to www.bookklhotels.com

Taraaa! Lihat sahaja suasana di hotel ini, not bad kan? ;) Kalau nak tengok gambar yang lebih menarik boleh lah ke web hotel ni terus! 





Selain itu, hotel ini turut menyediakan pakej bagi majlis perkahwinan. Tengok sahaja gambar di bawah ini atau terus ke web hotel ni untuk lebih banyak gambar. 

Photo Credit to www.phileahotel.com.my

Berikut jenis jenis bilik yang disediakan. 

Photo Credit to www.phileahotel.com.my

Photo Credit to www.phileahotel.com.my

Photo Credit to www.phileahotel.com.my

Photo Credit to www.phileahotel.com.my

Photo Credit to www.phileahotel.com.my

Photo Credit to www.makemytrip.com

Photo Credit to www.bookklhotels.com

Photo Credit to www.tripadvisor.com

Hotel bertaraf 4 bintang ini menyediakan 168 buah bilik kepada para tetamu dengan pelbagai jenis bilik dan sangat sesuai untuk yang berkeluarga terutamanya.

Photo Credit to www.tripadvisor.com.my




Hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari Bandaraya Kuala Lumpur dengan menaiki kereta untuk ke sini. Sekejap je kan?. Anda juga boleh menaiki KTM untuk ke sini, berhenti di Station Serdang. 

Harga serendah bermula RM257 sahaja semalam. 

Untuk maklumat lanjut boleh lah melawat terus ke laman web ini :