Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday 7 November 2017

Tioman Island Conservation Day 2017 (TICD 2017)


Sudah menjadi aktiviti wajib tahunan, kini TICD 2017 (Tioman Island Conservation Day 2017) kembali lagi untuk tahun ketujuh penganjurannya. TICD 2017 bermula pada 20 Oktober sehingga 22 Oktober 2017.

Rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan tujuan utama TICD dianjurkan, kerana sudah sedia maklum, TICD dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memulihara dan memeliharan bumi terutamanya alam sekitar dan hidupan laut.

Seperti tahun tahun sebelumnya, kempen TICD akan mengambil hidupan laut sebagai tema setiap tahun, dan tahun 2017 menyaksikan ikan pari (stringray) sebagai tema tahunan dan masih meneruskan misi dengan “Together for Planet Earth”.



TICD 2017 menunjukkan petanda positif di mana pada tahun ini seramai 130 orang penyelam dari Malaysia dan Singapura telah turut serta dalam misi kali ini berbanding hanya 108 orang penyelam pada TICD edisi 2016 lalu.



Tidak kurang sambutan daripada pengamal media, penganjur serta wakil dari Tourism Malaysia (30 orang) yang turut memberi sokongan, ia termasuk dari media mainstream dan media elektronik, bersama dalam usaha membantu mempromosikan kempen tahunan ini.

Malah, usaha murni ini turut mendapat sokongan daripada pihak Reef Check Malaysia, Jabatan Taman Laut, PADI Project Aware serta 7 operator penyelam dari Malaysia dan Singapura.

Selain itu, TICD 2017 turut mendapat tajaan daripada Syarikat Sport Toto Malaysia Sdn Bhd, Cosway Malaysia, Victorinox Swiss Army Timepieces Malaysia, RadioShack Malaysia Julie’s Biscuits, Kenny Rogers Roasters Malaysia, Tourism Malaysia dan Cataferry Sdn Bhd.





TICD 2017 masih meneruskan misi membina dan membawa struktur nurseri ke dasar laut oleh para penyelam bagi tujuan mengalakkan lagi pertumbuhan terumbu karang. Tahun ini menyaksikan sebanyak 5 struktur nurseri  dibina dengan bantuan rakan media dan diselia oleh para penyelam (1 struktur nurseri berbentuk piramid, 1 tiang gol dan 3 struktur meja nurseri yang bersaiz kecil).







Pada masa sama, peserta turut serta dalam aktiviti menanam pokok kelapa di sekitar kawasan Hotel Berjaya Tioman dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.  Sebanyak 40 buah pokok kelapa telah berjaya ditanam.  







Selain itu, peserta turut menjalankan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan Hotel Berjaya Tioman terutama  sekali di sekitar kawasan berhampiran laut bagi memastikan tiada sisa sampah yang ditinggalkan dalam misi memelihara keindahan dan kebersihan alam sekitar.






Jika sebelum ini ramai ada yang tidak sedar akan kepetingan “menjaga bumi”, namun program TICD ini telah memberi pendedahan, kesedaran dan pendidikan kepada kami, bahawa setiap antara kita mampu memainkan peranan penting dalam menjaga bumi walaupun sebelum ini dilihat sebagai remeh tindakkan tersebut.

Jadi, kepada sesiapa yang berniat untuk menyertai misi mejaga bumi, TICD adalah satu permulaan yang baik untuk anda. Walaupun ia tidak akan menampakkan hasil dalam tempoh terdekat, namun, ia memastikan satu pulangan terbaik buat bumi dalam jangka masa panjang.















Tahniah buat Kumpulan Berjaya terutamanya Kumpulan Berjaya Tioman Resort kerana berjaya mewujudkan program murni seperti TICD ini. Sebesar terima kasih juga buat Mr. Michael Tan, bekas pengurus besar Berjaya Tioman Resort kerana beliau merupakan pencetus kepada idea wujudnya kempen TICD ini.  Diharap, usaha ini mampu diteruskan untuk tahun seterusnya

Peserta turut diberi peluang melihat secara dekat hasil daripada projek TICD sebelum ini. Di mana kami diberi kesempatan untuk snorkeling berhampiran di Pulau Renggis.





1 comment:

  1. best giler trip ni. bila la dpt join travel skali lagi ye. heheh

    ReplyDelete